Halaman

Ahad, 5 Ogos 2012

myMetro | Awas jerat hutang

myMetro | Awas jerat hutang



DALAM kehidupan dunia yang semakin canggih pada hari ini, segala urusan nampak seperti dipermudahkan. Segalanya berada di depan mata, apa saja yang dihajatkan boleh direalisasikan asalkan berkemampuan.
Namun yang menjadi masalah segelintir anggota masyarakat kita pada hari ini apabila dibebani hutang. 
Terlalu banyak 'fasiliti' disediakan oleh pihak tertentu untuk ‘memudahkan’ kita berhutang. 


Tidak kira kereta, rumah, perabot hatta bajet untuk melangsungkan perkahwinan, tentu ada pihak yang ‘sedia’ memberikan perkhidmatan meminjamkan wang. Kerana hutang juga, realiti yang berlaku hari ini apabila kadar kemuflisan semakin meningkat setiap tahun.

Lebih menyedihkan apabila melihat ramai kalangan mereka diisytiharkan muflis adalah golongan muda-mudi. 

Jika tidak percaya, pergilah ke mahkamah tinggi dan lihat, setiap hari ada kes bankrap didaftarkan.



Jika diukur pada tahap umur, mereka sepatutnya sedang membina asas tapak yang kukuh untuk kehidupan 

masa hadapan tetapi malangnya, hutang ini memusnahkan sebahagian perancangan masa depan mereka.


Namun, siapa harus dipersalahkan kalau bukan diri sendiri. Ini kerana, faktor yang membawa kepada gejala


 ‘berhutang’ atas kehendak serta pilihan sendiri.

Paling utama, ia kerana desakan hawa nafsu serta keinginan untuk memiliki sesuatu di luar kemampuan diri. 


Pantang melihat orang lain ada, hati juga berkobar- kobar untuk turut memiliki benda yang sama.

Orang ada kereta baru, dia juga tidak mahu kalah untuk memiliki kereta baru. Jiran rumah membeli gelang emas baru, dia juga membeli barang kemas hingga ke siku.

Keduanya, pengaruh daripada sahabat atau jiran tetangga sering memberi galakan untuk berhutang. Lebih sukar lagi jika jiran atau sahabat handai itu sendiri adalah ejen kepada sesebuah produk dan setiap hari mempengaruhi kita untuk memiliki sesuatu yang sebenarnya kita tidak perlukan.

Ketiganya, rasa tidak puas dan bersyukur dengan apa yang ada. Kononnya mahu memperbaiki kehidupan dari semasa ke semasa, tetapi terlupa kesan dan akibat daripada berhutang tersebut.

Antara faktor lain yang dilihat turut menyumbang kepada masalah hutang ini ialah keinginan memiliki sesuatu benda dengan cepat walaupun pada hakikatnya, ia di luar kemampuan individu tersebut.

Kerana itu, sebelum merancang untuk memiliki sesuatu yang berada di luar kemampuan, fikirkan dulu adakah barang itu satu keperluan atau kehendak. Jika ia satu keperluan (dharuriyat), maka Islam mengharuskan untuk berhutang.

Sepertimana dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah; berkata seseorang: “Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda, Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”

Maka berhati-hatilah dan sentiasa berfikir secara bijak sebelum mengambil keputusan untuk ‘berhutang’, 


terutamanya apabila berhutang dengan pihak yang kini mengamalkan sistem hutang ‘ala Islam’ sedangkan mengamalkan konsep riba.

Menggunakan pelbagai istilah dan konsep Islam hanya untuk mengabui mata masyarakat, padahal hakikatnya, ia tidak lebih daripada sekadar ‘helah’ untuk menarik masyarakat supaya terjebak dalam hutang.

Selain daripada kemungkinan berhadapan dengan tindakan muflis, antara kesan kegagalan untuk melunaskan hutang adalah merasa tidak tenteram. Sentiasa dikunjungi rasa tidak aman, takut dan terancam.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang meminjam dengan ‘along’ atau ‘ceti haram’ kerana bukan mereka saja yang diperhatikan, malah ahli keluarga lain serta harta benda turut menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan mereka.

Antara kesan negatif akibat hutang adalah punca ke arah gejala hidup tidak sihat seperti mencuri, menipu dan sebagainya.

Tentunya orang yang tersepit akan melakukan apa saja untuk melepaskan diri tanpa memikirkan halal dan haram. 


Apa yang lebih ditakuti adalah fakta ada sesetengah orang sanggup menjual diri, isteri atau anak gadis kepada pemberi pinjaman sebagai langkah penyelesaian kepada hutang yang tidak tertanggung.

Saya juga pernah terdengar tazkirah disampaikan seorang ustaz di dalam radio yang memetik sebuah hadis daripada Rasulullah bermaksud: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hinggalah dia menjelaskan hutangnya.”

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Semua orang yang mati syahid diampuni dosanya kecuali hutangnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasa’I dan Ibn Majjah)

Dalam sebuah kisah, pernah dinyatakan bahawa Rasulullah sendiri tidak akan menyolatkan jenazah orang yang masih dibelenggu hutang. Hadis diriwayatkan Saidina Ali RA bahawasanya apabila didatangkan kepada baginda satu jenazah, baginda tidak bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.

Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah meminta sahabatnya agar menyembahyangkan jenazah itu atau baginda sendiri yang akan menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang jenazah akan diserahkan atau ditanggung oleh Baitulmal.

Begitu berat tanggungjawab apabila berhutang dengan manusia. Apabila tidak dilunaskan, ia akan menjadi dosa yang tidak terampun sehinggalah si pemberi hutang itu meredakannya. Tidak seperti dosa yang dilakukan kepada Allah terhapus sekiranya seorang hamba itu bertaubat atas dosa dilakukan kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seorang hamba itu menghadap Allah nanti selepas dosa-dosa besar yang lain ialah, seorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang masih belum diselesaikan.”

Maka beringat-ingatlah sebelum menurut desakan hawa nafsu yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang telah kita ada.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/15

 


Rabu, 25 Januari 2012

Integritikah diriku ini


Untuk menjadi individu yang integriti memang mencabar. Apatah lagi nak buat orang sekelilinggi kita untuk mempercayai diri kita. Apa yang NorHA faham, integrity ni adalah tindakan yang kita akan dapat yang mempunyai kesan dan akibat, ianya tidak boleh diubah sama sekali. Untuk mengenali orang yang berintegriti ialah kita mempunyaisesuatu yang tidak ternilai, tidak bolaeh dijual beli dan tidak mungkin berlaku walaupun dipaksa. Adakah sikap integriti ini ada dalam diri NorHA. Alangkah bertuahnya jika ada.
                Adakah NorHA mempunyai sikap yang konsisten dalam membuat keputusan dan selalu bad mood. Mesti orang sukar mempercayai diri NorHA. Untuk menjadi seorang yang berintegriti, NorHA perlu buat apa NorHA cakap “cakap serupa bikin”, atau berusaha sedaya upaya agar dapat buat yang terbaik.  Tambahan pula, kita perlu mengaku akan kelemahan dan kesilapan kita, supaya orang lain akan manghargainya, Insya’ALLAH. NorHA, ingat, jangan sesekali berjanji apa yang NorHA tidak mampu buat atau penuhi. Jika telah berjanji, kita perlu dan cuba melaksanakannya.
                Terima kasih kerana sudi membaca coretan NorHA yang tidak seberapa ini.


Apa kata kita buat perjajian dengan diri kita sendiri. “Aku berjanji dengan diri aku ini, untuk menjadi seorang individu yang berintegriti yang penuh dengan menjadikan kejujuran dan amanah sebagai rukun dalam hidup saya. Saya juga akan melayan orang lain sebagaimana saya mahu diri saya dilayan. Saya akan hidup berdasarkan tahap tertinggi integriti”

Sumber; Amin Idris- Professional Trainer AITC

Isnin, 23 Januari 2012

Lesen Oh Lesen...

12 mei 2011

Memang aku bersemangat menantikan hari yang ku idam-idamkan dahulu, iaitu memandu kereta. Hari ini, adalah kelas tambahan kerana esok hari, aku ada ujian QTI.  Aku dikenakan membayar RM20 ringgit untuk satu jam. Selepas mendaftar, aku dikenakan dengan seorang guru baru yang mana aku tidak pernah belajar dengannya. Mungkin dia sebaya ayahku.
Cikgu ini memang garang dan penyabar mengajar aku. Aku juga tidak tahu, kenapa aku rasakan aku tidak boleh main-main clucth. Sepanjang masa belajar, aku ditegur tidak kira di luar ataupun di dalam. Kenapa aku tidak dapat mantainkan aku punya clutch dan brek. Masa keluar dari AMN, aku juga ditegur, walaupun ditegur dengan yang tidak seberapa tinggi,aku faham yang aku telah melakukan kesalahan sedangkan disitu tempat yang bahaya kerana simpang tiga.
Dekat sini ana sematkan step-step memandu:-
1)Mulakan dengan persediaan 5 perkara asas:
-Betulkan kerusi (pastikan kaki dapat tekan clutch dan brek sampai habis)
-Cermin tengah dan sisi dalam keadaan betul.
- Pastikan minyak dan paras suhu dalam keadaan stabil.
-Pastikan free gear (dibebaskan) sebelum menghidupkan enjin.
- Chek lampu isyarat (signal), hon dan hyper berfungsi.
#Memandu di dalam litar…
2)Untuk undur kebelakang
-Tekan clutch
-Masuk gear reverse (ingat, tengok cermin tengah)
-Angkat clutch perlahan, bila bergerak HOLD kan clutch.
3)Hala ke hadapan
-Tekan clutch dan masuk gear Satu
-Angkat clutch perlahan sampai bergerak (HoLDkan clutch)
4)Naik bukit dan cara berhenti
-Tekan clutch
-Masuk gear 1
-Tekan minyak biarkan rasa gaung2
-Angkat clutch (statikkan ia bila rasa bergerak)
-Tambah minyak (tekan) – pastikan kaki clutch static.
-Bila cermin sama dengan posisi tiang, tekan clutch dan ikuti brek
-Free gear dan angkat handbreak.
-Lepaskan kaki dan tengok tayar.
5)Turun bukit (6 step)
-Tekan clutch
-Masuk gear 1
-Tekan minyak biarkan rasa gaung2
-Angkat clutch (statikkan/TAHAN ia bila rasa bergerak)
-Tambah minyak (tekan) – pastikan kaki clutch static.
-Angkat handbreak bila rasa kereta mula bergerak.
6)Parking
-Bawa kereta melepasi tiang.
-Masuk gear reverse, *jangan tekan brek
-Angkat clutch (perlahan)
-reverse sehingga cermin sama posisi dengan tiang kedua.
-Pusing streng ke kiri sehingga habis
-Reverse (tengok pada cermin sisi) sehigga belakang kereta sama bucu dengan tebing.
-Pusing streng ke kanan  sampai habis.
-Reverse sampai tengok cermin atas @ tengok tayar biar jarak 1 tapak kaki.
(kaki still tekan clutch dan break)
-Pusing streng ke kiri 2 kali
-Tekan clutch, free gear
*Keluar dari parking
-Pusing streng ke kanan habis
-Tekan clutch, gear 1 dan lepas clutch perlahan-lahan.
-Perhatikan cermin sisi, biarkan sama bucu
-Pusing streng kiri hingga habis, hala kehadapan.
-Sambil kehadapan, pastikan streng dipusingkan agar lurus dan berhenti selepas tiang .

7)Parking tiga penjuru:-
-Berhenti bila bahu sama dengan garisan HITAM di tengah jalan
-Pusing streng satu kali
-MASUK…Bila bahu sama posisi dengan tiang HITAM, pusing streng habis
*bawa perlahan-lahan.
-Tekan clutch dan brek (kawan kaki), pusing streng dua kali.
*KELUAR kotak parking-
-Pusing kiri hingga habis.
-Reverse perlahan * JANGAN angkat clutch cepat.
-Sehingga kereta LURUS. Jaga clutch dan brek.
-Betul streng (pusing 2 kali)
-Free gear dan angkat HANDBREAK, -angkat TANGAN.
-KELUAR- tekan clutch, masuk gear dan handbreak.
8)Trafik Light
-apabila dalam keadaan gear 3 atau 4, tukarkan clutch kepada gear 2.
-Tekan clutch dan break perlahan-lahan.
-Apabila berhenti, FREE GEAR- tapi INGAT, brek masih  ditekan.
*Lampu Hijau
-Apabila lampu NAK hijau, masuk gear 1dan lepaskan brek, tekan minyak, Angkat clutch
perlahan-lahan, - TAHAN bila bergerak.
-Bila dah berjalan, masuk gear 2 dan terus 3…..

# setiap kali berhenti, pastikan free gear.
# Kadang-kadang, kena angkat handbreak, bila berhenti di trafik light.
#Belok di jalan raya, kena tekan brek
#Apabila memandu, dan kita perlahan kereta (ada kereta dihadapan), tukarkan gear ¾ ke gear 2.-
Tukar gear rendah dari yang kita guna.
#Semasa memandu, jangan terkena garisan KUNING @ PUTIH.

%Jalan 1
-Dekat dengan jambatan yang jalan kirinya Jalan 3, tidak payah bagi signal kanan.
-Jalan semarak, lepas traffic light, akan lalu di bawah jambatan, jadi kena bagi signal kanan, dan
 seterusnya, tukar signal kiri untuk ubah laluan jalan,(lihat cermin tengah dan sisi kiri).
%Jalan 2
-Sama laluan 1, tapi dekat jalan semarak, INGAT, bagi signal kanan kerana ada 3 jalan, lepas kedepan sikit terus pergi jalan tepi.
 -Jalan 2, kena belok simpang yang kedua, sebelum itu, bagi signal kanan untuk masuk lorong kanan (untuk masuk simpang).
 -Dekat roundboard, kena bagi signal kanan dan terus lalu jalan roundboard. (break tau masa nak            belok).
 -Lepas RB, masuk gear 2 dan bawa slow2.
 -Dekat simpang, bagi signal kiri, lepas tu bagi signal kanan sambil tengok kereta ada ke tak.
 -Dekat traffic light, bagi signal kanan, dan ambil lorong tengah.
 -Free gear tunggu sekejap, masuk gear satu.
 -Apabila lampu hijau, putar streng agar tidak terkena tebing.
 -Tekan minyak dan tukar gear 2.
 -Dekat TL, bagi signal kiri, dan masuk jalan kiri dan bersedia untuk  WAJIB  berhenti (jalan besar dihadapan).  Balik ke AMN



Tindakan selepas memandu.
-Brek tangan di angkat
-Free gear, matikan enjin dan keluar kunci.
-Tanggal tali pinggang dan lihat cermin sisi dan belakang sebelum buka pintu.
-Kunci pintu.

Kesimpulannya, jika nak tahu gear berapa yang sesuai, kitakena tengok kelajuan kilometer. Jika 20 km, gear 2, 40 km gear 4 dan sebagainya.